Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Saturday, 28 December 2013

PEKERJAAN PALING MENYERONOKKAN TAHUN 2013

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlSLPQbM8BFSAKTxAsw2ZAwKKe20qtRm4tCseOT3gXIo29uZ8GXfMgqLVRCskV-krT3MgnsWwGZsESXhpKA9iBVYrlm6OofhBwtW9KwWUpVOrsQpoJ7WQTcXkTUIiQ30GEFXqe22ZKIXU/s1600/questions+asked+in+ibps+clerks+online+exam+15+december+2012.gif




Menurut carercast.com, pekerjaan yang paling menggembirakan pada tahun 2013 ialah
menjadi pegawai pemeriksaan kualiti (QA) perisian komputer.Bagaimana ukuranya dibuat, entahlah...
Senarai yang lain pula adalah seperti berikut

2.Chef eksekutif
3.Pengurus hartanah
3.Juruwang bank,pegawai pinjaman dan akauntan
4.Pengurus gudang
5.Pembantu tadbir
6.Wakil khidmat pelanggan
7.Pengurus binaan
8.Pengurus Jabatan Sumber Manusia
9.Juruteknik lapangan luar
10.Jurutera perisian komputer
11.Operator mesin berat dan besar (semua jenis)
12.Pakar terapi fizikal
13.Penulis bebas
14.Guru dan guru pendidikan khas
15.Pelukis dan pengukir
16.Pakar psikologi

Thursday, 31 January 2013

Membaca Pada Usia Dua Tahun

Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun diiktiraf dalam masyarakat yang memiliki IQ tinggi Mensa. - AGENSI 
 
LONDON 31 Jan. - Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai antara manusia paling cerdik di dunia.

Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik.
Kanak-kanak tersebut mula belajar membaca pada usia enam bulan dan mula bertutur pada usia 10 bulan dan pandai menyusun perkataan pada usia 20 bulan.

Apabila berumur dua tahun, Sarabi boleh membaca, mengira dari 1 hingga 200, mengenal dan boleh menamakan nama negara, bendera, planet di sistem suria selain bahagian anggota badan dan organ dalaman.

Ibu kanak-kanak itu, Amanda Sarabi, 36, berkata, anaknya itu mampu menamakan setiap negara di dunia bersama bendera negara tersebut.

''Dia juga boleh menerangkan fungsi anggota dalam badan.
''Pengetahuan umumnya juga mengagumkan. Dia tahu mengenai segalanya. Apabila bercakap dengan dia tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak berumur tiga tahun,'' katanya yang merupakan seorang bekas guru. - Agensi

Thursday, 27 September 2012

Cuba lihat sofa ini...






http://2.bp.blogspot.com/-w13ZkWJlsZ0/UFiuDzuzCqI/AAAAAAAAZ8I/0wFBoj-v9ZI/s1600/sofa-terbesar-di-dunia.jpg 


http://4.bp.blogspot.com/-MTG_3TXr0Dg/UFiuE-0lpeI/AAAAAAAAZ8Q/zzZAtqMw6jI/s1600/sofa-terbesar-di-dunia+(1).jpg



Sofa terbesar di dunia ini mempunyai ukuran tinggi 6.8 meter dan lebar 7,7 meter. Ukuran tinggi 6.8 meter dan lebar 7,7 meter. Sofa ini terdapat di shopping mall Shanghai China. Sofa ini telah dinyatakan sebagai sofa terbesar di dunia oleh persatuan rekod dunia di Hong Kong

Wednesday, 11 July 2012

Fakta tentang zip seluar

Cuba perhatikan zip seluar anda. Dapatkah anda lihat tulisan YKK pada zip anda.YKK merupakan pengeluar zip terbesar di dunia.


Friday, 15 June 2012

Walkman atasi Ipod

Sony walkman dikategorikan sebagai gajet terbaik sepanjang zaman mengatasi Ipod dalam
satu daripada sepuluh tinjauan pendapat di Britain apabila terjual 220 juta unit pemain kaset tersebut.

Wednesday, 1 February 2012

Manusia Paling Kerdil Di Dunia




NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafanGuinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter.
Laporan - Agensi